Adakah Waris Wajib Membayar Hutang Si Mati? - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Adakah Waris Wajib Membayar Hutang Si Mati?



SOALAN 


Ohmedia dapat rasakan mungkin ada antara korang mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang meninggal dunia dalam keadaan berhutang. Jadi, adakah waris perlu menyelesaikan hutang mayat tersebut?

JAWAPAN 


Apabila ada bagi mayat itu hutang maka hendaklah dibayar hutang tersebut dari harta yang ditinggalkannya sekali pun waris tidak bersetuju kerana waris tidak ada hak ke atas harta melainkan setelah dijelaskan segala hutang mayat.

Tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis :


(Ł…Ų³Ų£Ł„Ų©): Ł…Ų§ŲŖ Ų“Ų®Ųµ ŁˆŲ¹Ł„ŁŠŁ‡ ŲÆŁŠŁ† ŁˆŲ®Ł„Ł Ł…Ų§Ł„Ų§ً Ł‚ŲÆŲ± Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† Ų£Łˆ Ų£ŁƒŲ«Ų± Ł„Ų§ ŲŖŲØŲ±Ų£ Ų°Ł…ŲŖŁ‡ Ų­ŲŖŁ‰ ŁŠŲ¤ŲÆŁŠ Ų¹Ł†Ł‡
ŲŗŲ§ŁŠŲ© ŲŖŁ„Ų®ŁŠŲµ Ų§Ł„Ł…Ų±Ų§ŲÆ / 219


Artinya : “Masalah. Telah mati seseorang dan atasnya ada berhutang dan meningggalkan akan harta kadar membayar hutang atau lebih banyak tiadalah terlepas dari tanggungannya sampailah dibayar daripadanya.” (Kitab Ghayatul Talkhis)


Yakni apabila digunakan harta peninggalannya itu buat membayarkan hutang tersebut maka terlepas mayat itu dari hutangnya.

Dan berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :


Ų„Ł† Ł‚Ų³Ł…Ų© Ų§Ł„Ł…ŁˆŲ§Ų±ŁŠŲ« ŁƒŁ„Ł‡Ų§ ŲØŁŠŁ† Ų§Ł„ŁˆŲ±Ų«Ų© Ł…Ł‚ŲÆŁ… Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ Ų£ŁˆŁ„Ų§ Ų„ŁŠŁŲ§Ų” Ų§Ł„ŲÆŁŠŁˆŁ† Ų§Ł„Ł…ŲŖŲ¹Ł„Ł‚Ų© ŲØŲ§Ł„ŲŖŲ±ŁƒŲ©، ŁˆŲŖŁ†ŁŁŠŲ° Ų§Ł„ŁˆŲµŲ§ŁŠŲ§
Ų§Ł„ŲŖŁŲ³ŁŠŲ± Ų§Ł„Ł…Ł†ŁŠŲ± Ł„Ł„Ų²Ų­ŁŠŁ„ŁŠ (4/ 276(


Artinya : “Sungguhnya pembahagian segala harta pesaka sekeliannya antara segala waris didulukan atasnya pada permulaan oleh menunaikan segala hutang yang bergantung dengan harta peninggalan dan diluluskan segala wasiatnya.” (Kitab Tafsir Al-Munir)


Maksudnya hendaklah diselesaikan dulu hutang mayat dan segala wasiat jika ada sebelum dibahagikan antara segala warisnya.

Al-Imam Al-Qurtubi berkata :

ŁˆŲØŲ§Ł„Ų§Ų¬Ł…Ų§Ų¹ Ł„Łˆ Ł…Ų§ŲŖ Ł…ŁŠŲŖ ŁˆŲ¹Ł„ŁŠŁ‡ ŲÆŁŠŁ† Ł„Ł… ŁŠŲ¬ŲØ Ų¹Ł„Ł‰ ŁˆŁ„ŁŠŁ‡ Ł‚Ų¶Ų§Ų¤Ł‡ Ł…Ł† Ł…Ų§Ł„Ł‡، ŁŲ§Ł† ŲŖŲ·ŁˆŲ¹ ŲØŲ°Ł„Łƒ ŲŖŲ£ŲÆŁ‰ Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† Ų¹Ł†Ł‡.


Artinya : “Dan dengan ijmak jikalau mati seseorang dan atasnya ada hutang nescaya tidak wajib atas walinya menunaikannya dari hartanya. 

Maka jika sukarela membayar oleh wali dengan demikian itu nescaya telah terbayar hutang itu daripada mayat.

” (Jami’ Li Ahkam Al-Quran)
Walhasil bila mayat ada meninggalkan hutang dan harta maka wajib dibayar hutang tersebut menggunakan harta mayat bukan harta waris atau orang lain.

Waris disunatkan membayar hutang mayat andainya mayat tidak meninggalkan harta yang cukup buat membayar hutang supaya lepaslah mayat itu dari berhutang.

Wallahua’lam

Kredit:  Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca adakah waris wajib membayar hutang si mati? di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.