Zarina Anjoulie Maafkan Amyza Aznan, Minta Hentikan Gaduh Dengan Semua Orang - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Zarina Anjoulie Maafkan Amyza Aznan, Minta Hentikan Gaduh Dengan Semua Orang


Baru-baru ini, Zarina Anjoulie memuatnaik satu posting di Instagram, @anjoulielavocah1 menunjukkan paparan komen seorang pelakon, Amyza Aznan yang kelihatan berang dengan netizen mempersoalkan perangai sebenarnya. Fuh, kemain!

Apa perangai sebenar? Kaki Dadah? Pelucah? Kaki gaduh? Pornstar? Kuat memaki hamun untuk content? Adakah ini yang anda maksudkan dengan PERANGAI SEBENAR? Kesian. -kata Amyza Aznan

Menerusi entri tersebut, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju menasihati Amyza supaya menghentikan perbalahan dengan netizen dan menggunakan platform ini dengan sebaiknya untuk membantu orang yang memerlukan. Bukan tu jer, dia juga sudah memaafkan Amyza walaupun dihina berkali-kali.

Sudah-sudahlah Myza, kau nak gaduh dengan semua orang sampai bila..? Dengan aku nak gaduh, dengan netizen nak gaduh. Sister, ramai lagi saudara kita yang tengah kebulur kat luar tu. Daripada kau gigih nak jatuhkan orang, baik kau gunakan platform kau untuk membantu, lagi orang sayang. Apa-apapun, aku maafkan kau walaupun kau hina-hina aku. Allah maha besar dan karma itu memang wujud. -kata Zarina Anjoulie

OHMEDIA: SUDAH TIBA MASANYA GOLONGAN ARTIS BERBAIK UNTUK MENOLONG ORANG YANG MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN DI LUAR SANA.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca mahu tengok artis berdamai di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.