What Happened To Monday Trending Di Twitter - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

What Happened To Monday Trending Di Twitter


Apa yang terjadi pada hari Isnin sebenarnya? Tiada apa yang berlaku pun. What Happened To Monday adalah tajuk sebuah filem yang sedang trending  di media sosial. Semasa PKP ni ramai pula yang suggest cerita-cerita best kat media sosial dan paling trending adalah filem ini.

Sumber gambar dari Medium
Ohmedia belum berkesempatan untuk tonton lagi, tapi based on sinopsis filem ini berlatar belakang beberapa tahun kehadapan, dimana kerajaan Amerika Syarikat waktu telah menetapkan polisi  satu orang anak bagi satu keluarga. Jika lebih, yang lebih berkenaan akan ditangkap pihak berkuasa.

Namun apa yang terjadi, seorang wanita telah mati ketika melahirkan anak kembar 7. Tinggallah kembar 7 ini tadi dengan datuknya. Untuk mengelak dari ditangkap, kembar 7 ini hidup dengan satu identiti, tetapi setiap orang diberi nama mengikut hari.

Mereka akan keluar dari rumah mengikut nama hari mereka dan hidup dengan satu identiti berkenaan selama 30 tahun. Namun sesuatu telah berlaku apabila Salah seorang dari mereka tidak pulang kerumah. Agak-agak siapa yang tak balik kerumah? apa yang terjadi pada dia?

Sumber gambar dari Hollywood Reporter
Filem ini dibintangi oleh Noomi Rapace sebagai teraju utama yang pernah berlakon Sherlock Holmes 2011 dan dibantu oleh Willem Dafoe yang pernah berlakon dalam filem Spiderman tahun 2002 yang memegang watak Goblin.

Berdasarkan Rotten  Tomato, filem ini mendapat rating 5.74 untuk Tomatometer manakala untuk Audience Score, filem ini mendapat 3.64 lebih rendah dari rating yang Rotten Tomato bagi. Sebelum terlupa, filem ini hanya sesuai untuk tontonan orang dewasa sahaja ya. Elakkan dari menonton bersama anak-anak.

OHMEDIA: AGAK-AGAK APALAH YANG TERJADI PADA SALAH SEORANG DARI MEREKA. KALAU DAH SORANG TAK ADA, MACAM MANA YANG LAIN-LAIN NAK KELUAR? 

Sumber: Rotten Tomato

+ Baca respon pembaca What Happened To Monday Trending di Twitter di Facebook Oh! Media


Dikuasakan oleh Blogger.