(Video) Ummi Nazeera Kongsi Ambil Ujian Covid-19 Kepada Peminat - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

(Video) Ummi Nazeera Kongsi Ambil Ujian Covid-19 Kepada Peminat


Korang tengok tak video yang dimuatnaik oleh seorang pelakon, Ummi Nazeera baru-baru ini di Instagram? Takut betul bila tengok dia tunjuk prosedur ujian saringan Covid-19 secara drive thru. Walau bagaimanapun, keputusan beliau selepas membuat ujian tersebut adalah negatif. Syukur Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah...The result is NEGATIVE...Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni..Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni...Walaupun KKM suruh quarantine sahaja..Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni..Tak susah pun..Ummi pergi yang Drive Thru punya. Memang pedih sikit..Tapi berbaloi..Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap!

Ummi menjelaskan bahawa ujian tersebut mengambil masa yang sangat singkat. Kurang dari 10 minit je gais! Walaupun dia merasakan sedikit pedih ketika melakukan ujian itu tetapi baginya ia amat berbaloi.Ohmedia setuju dengan pendapat Ummi sebab lebih baik kita mengeluarkan duit sedikit untuk buat ujian ini demi mencegah jangkitan wabak Covid-19.

Pada masa yg sama tolong KKM juga..Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yang tak nak buat. Saya mohon sangat-sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah...dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan. Stay safe everyone!! #StayAtHome #HelpThemToHelpUs

Dengar nasihat Kak Ummi tu! Bagi sesiapa yang sudah pulang atau pergi ke luar negara, korang hendaklah membuat ujian saringan Covid-19 ni. Kalau taknak, seeloknya korang kuarantin dekat rumah selama 14 hari untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain. Stay safe everyone!

OHMEDIA: MENAKUTKAN BETUL BILA TENGOK HIDUNG UMMI KENA CUCUK DALAM-DALAM.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.