Rakyat Malaysia Penentu Kejayaan Tangani COVID-19
Petang tadi, KP KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa ada tanda-tanda awal negara berjaya mengekang penularan wabak COVID-19 ini yang dilihat dari laporan graf Malaysian Institure of Economic Research (MIER).
Tindakan kita dalam tempoh dua minggu dalam MCO kita lihat garisan warna biru, jadi kes kita tak naik secara mendadak, tetapi ada sikit mendatar. Jadi nampak daripada graf ini ada kejayaan ataupun tanda-tanda awal kita berjaya dalam tindakan untuk melaksanakan MCO. Kita harap fasa kedua dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti-aktivti kita terutamanya di hotspot-hotspot yang telah dikenal pasti. - Jelasnya.
Tetapi kita tidak boleh terlalu cepat bergembira kerana Dr Noor Hisham turut mengatakan bahawa kejayaan sebenar bergantung kepada seluruh rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu lagi sehingga 14 April ini.
Jadi, terus bersabar dan patuh dengan segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Maklumkan juga kapada pihak berkuasa sekiranya ada aktiviti pergerakan yang rancak di sekitar tempat tinggal kita.
Ada tanda-tanda awal #COVID19 semakin pulih di Malaysia. Namun ia bergantung kepada rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu ini. Saya merayu kpd semua rakyat Malaysia teruskan patuhi arahan duduk di rumah dan amalkan langkah-langkah perncegahan dan kebersihan. pic.twitter.com/ksKipMVHvH— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 1, 2020
Sumber: Noor Hisham Abdullah.
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?