PKP Kedua, Pihak Polis Dalam Mod 'Keras' Kata Menteri Kanan Keselamatan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

PKP Kedua, Pihak Polis Dalam Mod 'Keras' Kata Menteri Kanan Keselamatan


Dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, pihak polis kini dalam mod 'keras' bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua yang sedang dilaksanakan kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kalau dahulu lembut dan nasihat, kemudian bertukar tegas, kini mod polis adalah keras. Tindakan akan terus diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar perintah ini," katanya.

Dipetik dari Berita Harian, Ismail Sabri berkata, sepanjang tempoh PKP, seramai 4,189 individu ditahan atas pelbagai kesalahan terutama mengingkari dan melanggar arahan PKP dimana 1,449 daripadanya sudah dituduh di mahkamah dan ada antaranya dijatuhkan hukuman bukan setakat denda, malah hukuman penjara.

Sumber gambar dari Berita Harian
Semalam sahaja terdapat 12 indvidu yang ditangkap di daerah Petaling Jaya selepas ditahan kira-kira jam 11 malam dengan alasan termasuk mahu membeli rokok, air dan  roti seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian hari ini.

OHMEDIA: MEMANG LEPAS NI NO MORE EXCUSES LAH WAJABNYA. DUDUKLAH ANDA KAT DALAM. KELUAR MALAM PUN BUKAN ADA KEDAI BUKA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pihak polis dalam mod 'keras'  di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.