Pembayaran BPN Bermula Isnin Ini Kata Menteri Kewangan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Pembayaran BPN Bermula Isnin Ini Kata Menteri Kewangan


Hari ini, Menteri Kewangan mengumukan bahawa Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dilakukan bermula Isnin ini, 6 April 2020. Menurut info yang dipetik dari Metro Online, pembayaran ini melibatkan dua fasa di mana fasa pertama yang bermula Isnin ini akan dikreditkan secara berperingkat.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran fasa pertama melibatkan nilai berjumlah RM5.63 bilion kepada 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan.



Untuk fasa pertama, mereka yang isi rumah berpendapatan tidak melebihi RM4000 (B40) akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 manakala isi rumah yang diatas RM4,000 hingga RM8,000 (M40) akan menerima RM500.

Untuk Kategori bujang yang berpendapatan RM2,000 kebawah (B40) akan menerima bantuan sebanyak RM500 manakala bujang dengan pendapatan  RM2,000 hingga RM4,000 (M40) akan menerima bantuan sebanyak RM250.



OHMEDIA: SEMOGA DENGAN BANTUAN YANG DIBERIKAN DAPAT MERINGANKAN BEBAN KITA SEMUA TERUTAMA MEREKA YANG PENDAPATANNYA TERJEJAS TERUK KERANA PKP DAN PANDEMIK COVID-19 INI.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca pembayaran BPN bermula Isnin ini di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.