Pematuhan PKP Cecah 99 Peratus Kata Ketua Polis Negara - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Pematuhan PKP Cecah 99 Peratus Kata Ketua Polis Negara


Nampak gayanya pelaksanaan Perintah Kawalan Perkhidmatan fasa kedua menunjukkan perkembangan yang positif apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri  Abdul Hamid Bador mengatakan bahawa pematuhan PKP kali ini mencecah 99 peratus berbanding sebelum ini.

PKP fasa dua dilihat pelaksanaannya lebih keras di mana segala peraturan diperketatkan, misalnya pengoperasian premis 12 jam sehari serta melakukan penangkapan individu yang masih berdegil keluar rumah pada waktu malam dan mengadakan lebih banyak roadblock berbanding PKP fasa satu sebelum ini.

Beliau menjelaskan betapa pentingnya pelaksanaan PKP ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak maut ini. Jelasnya lagi, pelaksanaan PKP secara tidak langsung membuatkan kadar kemalangan serta kadar jenayah turun sehingga65 hingga 75 peratus.



OHMEDIA: TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA KERANA BERJAYA MEMATUHI ARAHAN YANG DTETAPKAN. HARAP DAPAT DIKEKALKAN AGAR TIADA LAGI KLUSTER TERBARU DILAPORKAN.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pematuhan PKP cecah 99 peratus di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.