Nelydia Senrose Akui PKP Eratkan Hubungan Suami Isteri
Siapa sangka sudah setahun pelakon Nelydia Senrose hidup berdua bersama suami tercinta Mohd Hafez Halimi. Dalam perkongsian terbarunya, Nelydia mengakui bahawa tempoh PKP ini telah memberi ruang kepada dirinya untuk menikmati kehidupan berdua selepas penggambaran juga ditunda.
Sambutan ulang tahun setahun perkahwinan mereka semalam juga disambut dengan penuh bermakna katanya dan turut tidak sangka yang masa begitu pantas berlalu.
Rasa seperti baru sahaja kami diijabkabulkan. Dalam tempoh setahun ini menjadi ruang kepada kami memperbaiki kelemahan diri sebagai suami isteri. Kami lebih mengenal tanggungjawab. Setiap momen bersama diabadikan dengan satu rasa yang tak terungkap. Saya dan suami sempat berbulan madu ke beberapa negara, ia menjadi kenangan terindah. Saya mengharapkan kebahagiaan kekal dan terus erat. - Katanya kepada pihak pemberita.
Bagaimanapun, belum rezeki buat pasangan ini untuk mendapatkan cahaya mata dan masih berusaha ke arah itu.
OHMEDIA: RAMAI ORANG KATA MUSIM PKP INILAH KILANG LAMA DIBUKA. TERUS BERUSAHA, NANTI BERISI LAH TU!
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Nelydia di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?