Negara Ini Haramkan & Tangkap Rakyat Yang Sebut Tentang Koronavirus - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Negara Ini Haramkan & Tangkap Rakyat Yang Sebut Tentang Koronavirus


Satu dunia sekarang sedang berbincang dan bercakap tentang penyebaran wabak Covid-19, tetapi siapa sangka hanya negara ini sahaja satu-satunya yang melarang pihak media dan rakyatnya bercakap mengenai wabak ini.

Itulah negara Turkmenistan yang telah mengharamkan media dan rakyatnya untuk menggunakan perkataan koronavirus serta akan menangkap rakyatnya yang dilihat memakai topeng muka.


Perkara ini dilaporkan oleh Daily Mail dan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik, pihak pemerintah mereka telah menghantar mata-mata untuk melihat aktiviti orang ramai samaada berbual mengenai wabak atau tidak.

Jika dilihat sekarang, Iran yang bersebelahan dengan Turkmenistan turut telah merekodkan lebih daripada 45,000 kes jangkitan, tetapi perkara ini tetap dinafikan oleh mereka dan yakin wabak itu tidak masuk ke dalam negara mereka.

Presiden mereka turut telah mengumumkan untuk mengarahkan penduduk membakar harmala yang merupakan sejenis herba tempatan yang dipercayai mampu membunuh virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Walaubagaimanapun, Presiden Gurbanguly Berdymukhamedov tetap tidak menyatakan virus apa.


Akan tetapi, pihak kerajaan mereka telah mengumumkan lanjutan cuti sekolah tanpa memberitahu punca sebenar seperti sedang melindungi fakta sebenar.

Untuk pengetahuan korang, Korea Utara juga masih tidak mengaku bahawa virus ini telah masuk ke negara mereka dan dengan yakinnya menyatakan mereka bebas dari wabak membunuh ini.

Sumber: Daily Mail

+ Baca respon pembaca yang  ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.