iPhone 9 Bakal Menjadi iPhone SE 2020 Yang Akan Dilancarkan Oleh Apple?
Sebelum ini lama dah kita dengar khabar angin mengatakan bahawa iPhone 9 akan dilancarkan oleh Apple Inc. namun perkara sebaliknya berlaku. Menurut 9to5Mac, iPhone 9 akan dijangkakan dilancarkan oleh pihak Apple namun tidak menggunakan nama iPhone 9 sebaliknya menggunakan nama iPhone SE, menggantikan model lama iPhone SE sebelum ini.
Sumber dari Redmonpie mengatakan peranti berkenaan akan dijual dalam lingkungan harga $400 atau lebih kurang RM1600. Info dari 9to5Mac juga mengatakan bahawa model baru iPhone SE ini memiliki persama reka bentuk dengan iPhone 8 yang mempunyai bezel atas dan bawah serta disertakan dengan Touch ID-equipped Home button pada peranti berkenaan.
Sumber gambar dari Ghizchina |
OHMEDIA: SAYANGNYA ADA BEZEL MACAM iPHONE 8, KALAU BEZEL DIA MACAM iPHONE XS MESTI LAWA.
Sumber: 9to5Mac | Redmon Pie
+ Baca respon pembaca iPhone 9 bakal menjadi iPhone SE 2020 yang bakal dilancarkan oleh Apple di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?