Hotel Di Malaysia Tinggalkan Nota Pada Setiap Malam Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Frontliners!
Sepertimana yang kita tahu, ramai orang sedang terjejas dari segi kewangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memang tidak dinafikan apabila banyak sektor terkesan terutamanya industri perhotelan yang kemerosotan jumlah pelanggan yang datang.
Walaubagaimanapun, perkara itu tidak menghalang mereka untuk memberi semangat kepada petugas barisan hadapan dengan memberi mesej-mesej positif yang sedang bertungkus lumus merawat pesakit-pesakit positif Covid-19 di hospital.
Baru-baru ini, terdapat beberapa hotel menyampaikan pesanan ringkas untuk rakyat Malaysia. Apa yang paling kreatif adalah mereka menyalakan lampu tingkap hotel sehingga membentuk perkataan tau.
Hotel Tenera Bangi every night pic.twitter.com/pBK0Yfs4sQ— ekinkacak (@ekinkacak) April 4, 2020
Menurut seorang pengguna yang dikenali sebagai @ekinkacak di Twitter, Hotel Tenera yang terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi dilihat memberi mesej dengan kata-kata positif seperti Be Safe, To KKM, Padu Abang Rider, Feel Ok dan banyak lagi pada setiap malam.
Manakala pengguna lain juga berpendapat bahawa hotel-hotel lain juga melakukan perkara yang sama. Rata-rata ramai warganet memuji tindakan mereka lakukan untuk rakyat Malaysia. Psst! Tak sangka hotel di Malaysia sangat kreatif. Hehe.
OHMEDIA: LEPAS HABIS PKP, BOLEHLAH KORANG DATANG KE HOTEL SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN.
Sumber: Twitter
+ Baca respon pembaca sayang Malaysia di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?