Dayana Roza Kuatkan Diri Keluar Rumah Asal Dapat Bantu Orang Susah
Cukup bergaduh dan jom kita fokus kepada memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Itulah apa yang dilakukan oleh pelakon Dayana Roza yang juga tidak ketinggalan untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
Pada mulanya, memang ada ahli keluarga saya melarang untuk keluar beri bantuan sebab mereka risau saya mengidap asma yang teruk dan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti COVID-19. Saya tak ada teman lelaki, tak ada sumai atau anak, jadi saya tak kisah jika sudah ditakdirkan terkena COVID-19. Asalkan saya dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik. - Katanya kepada mStar.
Dayana turut mengharapkan doa dari peminat agar sentiasa sihat untuk terus memberikan bantuan. Dayana juga sebelum ini telah merahsiakan program yang dilakukannya dari pengetahuan umum kerana tidak mahu menjadi bualan ramai dan menganggap dirinya riak.
Tetapi dia akui terpaksa menggunakan media sosial untuk mendapatkan lebih banyak indo mengenai golongan asnaf daripada pengikutnya.
Sekarang, Dayana sudah mendapat banyak bantuan dari kalangan peminat dan ada juga rakan-rakan artis yang turut sama memberi bantuan.
OHMEDIA: BAGUSLAH MACAM ITU DAN APA YANG DILAKUKAN INI HARUS DICONTOHI. SAMA-SAMALAH KITA MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN.
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Dayana di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?