Adibah Noor Berang Dengan Netizen Label Artis Malaysia Tiada Maruah
Alamak! Kenapa Adibah Noor marah sangat tu? Kalau korang nak tahu baru-baru ini ada seseorang individu yang dikenali sebagai @7th_SkyHigh di laman Twitter memperlekehkan dan melabelkan artis di Malaysia sebagai tidak bermaruah, bodoh dan tiada kualiti.
Menyampah je tengok muka-muka artis bila diorang masuk tv! Drama dah lah tak ada kualiti cerita pula banyak yang bodoh-bodoh dan menyampah! Buat lawak tapi membosankan, itulah artis-artis Malaysia semua bodoh dan tiada maruah. Puiii!
@adibahnoor Menyampah je tengok muka2 artist bila diorang masuk tv! Drama dah la xde kualiti cerita pulak banyak yang bodoh2 dan menyampah! Buat lawak tapi membosankan, itulah artis2 malaysia semua bodoh dan tiada maruah! Puiii!!!— Long_7 (No Ordinary Power) (@7th_SkyHigh) April 3, 2020
Ingatkan drama ni dah habis diantara netizen dengan artis Malaysia, rupa-rupanya belum lagi gais. Apa lagi, kak Adibah pun membalas tweet individu tersebut dengan penuh 'deep' sehingga menarik perhatian warganet di media sosial.
Ok. Toksah layan lagi artis Malaysia ya. Nanti kalau perlukan bantuan ke, derma ke, charity ke...pun jangan cari artis Malaysia k? Babai.
ok.— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) April 3, 2020
toksah layan lagi artis malaysia ya.
nanti kalau perlukan bantuan ke, derma ke, charity ke... pun jangan cari artis malaysia k?
babai. https://t.co/Ko9WqR8lFN
Ohmedia faham ramai diantara korang tak suka dengan drama ataupun apa-apa rancangan yang melibatkan artis Malaysia. Jadi, tak perlu lah korang tengok. Kan dekat tv ada banyak lagi channel lain. Betul tak? Jangan gaduh lagi gais! Sepanjang PKP ni, lebih baik cari pahala dan amalan untuk bekalan di akhirat nanti.
OHMEDIA: STAY SAFE EVERYONE!
Sumber: Twitter
+ Baca respon pembaca sokong Adibah Noor di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?