5 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Hanya Berjalan Kaki
Menurut satu kajian, dengan hanya berjalan kita mampu untuk mengurangkan risiko dan sembuh dari beberapa jenis penyakit. Berikut adalah 5 jenis penyakit yang boleh sembuh dengan hanya berjalan kaki.
1. Kencing Manis
Jika kita melakukan rutin harian dengan berjalan 6 KM dalam masa 50 minit, ianya mampu untuk mencegah kita dari terkena penyakit diabetes dan kencing manis.
2. Serangan Jantung
Antara cara untuk mengurangkan risiko serangan jantung adalah berjalan kerana darah akan mengalir ke dalam jantung dengan sempurna. Selain itu, jantung juga dapat berfungsi dengan normal dan mengepam darah tanpa henti
3. Depresi
Dengan hanya berjalan kaki dengan cepat, ianya dapat membantu kita untuk menyembuhkan penyakit depresi dan menggantikan ubat anti depresan yang biasa diambil oleh pesakit.
4. Kanser
Berjalan kaki juga mampu untuk menghilangkan gejala kanser antaranya kanser usus dan kanser payudara. Untuk pengetahuan korang, kanser usus berpunca dari najis dalam saluran pencernaan. Jadi dengan hanya berjalan, badan akan melancarkan peristaltik usus sehingga kita dapat membuang air besar dengan sempurna dan mengurangkan risiko dari terkena kanser.
5. Membakar Lemak
Berjalan kaki juga merupakan cara yang terbaik untuk membakar kalori dalam badan. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan metobolisme tubuh dan menghalang dari kenaikan berat badan.
OHMEDIA: SEMOGA TIPS INI DAPAT MEMBANTU KITA DI RUMAH SEWAKTU PKP UNTUK MENGELAK DARI TERKENA BEBERAPA PENYAKIT TERSEBUT
+ Baca respon pembaca 5 penyakit yang boleh sembuh dengan hanya berjalan kaki di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?