4 Khasiat Yang Ada Pada Buah Nangka
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa buah nangka mempunyai khasiat yang tersendiri. Di bawah ini Ohmedia nak kongsi dekat korang 4 khasiat buah nangka.
1. Menjaga Tekanan Darah
Buat nangka memiliki kalium yang tinggi iaitu elektolit yang mampu untuk mencegah dari sebarang jangkitan dan menjaga tekanan darah untuk sentiasa berada dalam keadaan normal.
2. Membentuk Tulang
Biji buah nangka mempunyai kalsium yang dapat bantu untuk membentuk tulang. Selain itu, biji nangka juga mempunyai gizi seperti protein dan karbohidrat.
3. Mencegah Serangan Jantung
Buah nangka mempunyai vitamin B seperti niacin, riboavin, thiamin dan folat. Kesemua vitamin ini diperlukan dalam badan kita. Seterusnya dapat elakkan kita dari terkena serangan jantung.
4. Melindungi Mata
Untuk pengetahuan korang, Vitamin A dan Vitamin C yang ada pada buah nangka dapat menjaga kesihatan mata dan meningkatkan ketahanan pada tubuh
OHMEDIA : SEKALI SEKALA KITA PERLU MAKAN BUAH NANGKA KERANA MEMPUNYAI MANFAAT YANG BAIK UNTUK TUBUH KITA.
+ Baca respon pembaca 4 khasiat yang ada pada buah nangka di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?