Zarina Anjoulie Balas Komen Pedas Terhadap Fizo Omar. Ini Responnya! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Zarina Anjoulie Balas Komen Pedas Terhadap Fizo Omar. Ini Responnya!


Aduh! Tak habis lagi drama diantara golongan artis Malaysia mengenai meminta bantuan khas dari pihak kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilancarkan? Apa yang paling sensasi kali ini adalah Zarina Anjoulie menempelak tindakan Fizo Omar di Instagram tau!

Kesian dekat diri kau menumpang harta bini dulu dah cerai miskin balik. Lepas tu menagih followers Youtube. So, kesian dekat diri kau. -kata Zarina Anjoulie

Memang pedas sungguh kata-kata Zarina terhadap Fizo. Berani betul! Kalau Ohmedia jadi Zarina memang tak berani lah nak cakap macam tu sebab takut orang lain kecil hati. Korang nak tahu Fizo komen apa dekat video yang tular di media sosial sampai Zarina rasa kecewa?

Kesian pula aku tengok dia ni. -kata Fizo Omar

Tak pasal-pasal Zarina terus sound Fizo gais. Kalau korang tengok video tu, Zarina sebenarnya mahu penggiat anak seni bangkit untuk membantu orang yang memerlukan tetapi Fizo fikir sebaliknya yang seakan beliau sedang menghentam golongan artis ni. Hmm.


Rata-rata ramai netizen setuju dengan kenyataan Zarina Anjoulie. Kalau korang nak tahu apa yang Zarina lakukan sekarang ni adalah beliau sedang mempertahankan isu rakyat yang sedang susah akibat penularan wabak Covid-19. Kesian Ohmedia tengok orang susah ni, Bantuan Sara Hidup (BSH) memang layak untuk orang yang memerlukan tau!


OHMEDIA: GO ZARINA GO!

Sumber: Astro Gempak | Twitter

+ Baca respon pembaca sokong kenyataan Zarina di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.