Kerajaan Telah Menetapkan Harga Siling Baru Topeng Muka
Jika sebelum ini terdapat isu berbangkit mengenai harga jualan bagi sekeping topeng muka atau penutup mulut yang dikatakan terlalu mahal, dimana kerajaan telah menetapkan harga pada RM2 kepada RM1.50 sekeping. Walaubagaimanapun harga yang dijual di pasaran adalah 80 sen sekeping sebelum dinaikkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP), kerana peningkatan kos pengeluaran.
Pastinya dengan penurunan harga siling bagi topenn muka atau penutup mulut akan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan menjualnya semula pada harga lebih tinggi memandang ianya menjadi keperluan ekoran peningkatan kes positif COVID-19 di Malaysia. Diminta agar pemantuan juga dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan perkara sedemikian terjadi
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, topeng muka yang ada di Malaysia kebanyakannya diimpor dari luar, tiada syarikat dalam negara yang menjual topeng muka atau penutup mulut berkenaan. Oleh yang demikian, beliau mengumumkan agar menurunkan harga siling topeng muka atau penutup mulut berkenaan kepada RM1.50 sekeping.
HARGA SILING TOPENG MUKA DITETAPKAN RM1.50— Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri (@MKNJPM) March 30, 2020
Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka adalah RM1.50. Kerajaan akan terus mengkaji harga tersebut dari semasa ke semasa dan akan umumkan jika terdapat perubahan harga topeng muka.@jpmgov_ @JPenerangan @KKMPutrajaya pic.twitter.com/2xMq3b6Xii
OHMEDIA: JANGAN ADA PIHAK YANG CUBA MENANGGUK DI AIR KERUH, JUAL SEMULA DENGAN HARGA TAK MASUK AKAL. KALAU JUMPA, SILA BUAT LAPORAN TERUS PADA KPDNHEP.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca kerajaan tetapkan harga siling baru topeng muka di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?