Jika Masih Ramai Yang Berdegil, PKPD Perlu Dilakukan Di Zon Merah!
Selepas hampir 2 minggu kita diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan dan kawalan ini akan diteruskan sehingga 14 April ini selepas melihat wabak ini masih tersebar dan masih ada individu yang berdegil walaupun kawasan mereka telah diisytiharkan Zon Merah.
Disebabkan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dilakukan dan ini dicadangkan oleh Pakar Kriminologi dan Psikologi, Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Mayda Dr Geshina Ayu Mat Saat yang melihat jalan ini adalah yang terbaik.
Ramai yang ambil masih ambil mudah perkara ini, seolah-olah mereka itu kebal dan berfikiran yang mereka tidak akan dijangkiti wabak berkenaan atas pelbagai alasan. Mereka akan kata 'saya bukan ahli tabligh', ' saya bukan kontak rapat dengan pesakit COVID-19' jadi mana mungkin saya akan dijangkiti virus itu. Masih ramai yang berfikiran sedemikian, salah anggap sedangkan sesiapa sahaja boleh terdedah kepada virus ini. - Katanya.
Sebelum ini, Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang telah diarahkan PKPD sejak Jumaat lalu dan sekaran beberapa daerah lagi turut dikenakan arahan yang sama termasuk tujuh kampung di Batu 21 hingga 24, Sungai Lui, Hulu Langat.
15 Daerah seluruh negara juga telah ditanda sebagai Zon Merah dengan catatan kes melebih 41 dan ke atas. Kawasan Zon Merah yang paling teruk terjejas adalah di Petaling dan Hulu Langat Selangor.
Sumber: Berita Harian
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?