Bilangan Kematian Tertinggi Dicatatkan, 8 Kes Kematian Dalam Masa Sehari - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Bilangan Kematian Tertinggi Dicatatkan, 8 Kes Kematian Dalam Masa Sehari


Petang semalam, kita dikejutkan dengan 7 kematian akibat kes covid-19 setakat pukul 12 tengah hari dan juga merupakan bilangan kematian tertinggi berbanding hari-hari yang sebelum ini dilaporkan. Pada waktu malam pula, disahkan ada lagi satu kematian dilaporkan dan ianya juga menjadikan keseluruhan kematian di Malaysia sebanyak 35 kematian.


Kematian terbaru itu melibatkan kes 1,952 yang juga merupakan seorang wanita warganegara berumur 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Mangsa juga dikatakan mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac dan didapti positif covid-19 pada 19 Mac. Kemudian mangsa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum ke Hospital Sungai Buloh.

Kesihatan mangsa dikatakan mula merosot hari demi haro dan disahkan meninggal dunia semalam, pada jam 4 petang. Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa covid-19. Ohmedia berharap agar semua patuhi apa yang diperintahkan kerajaan sekarang agar wabak covid-19 ini akan berakhir.

Sumber : Sinar Harian



Dikuasakan oleh Blogger.