Tun Mahathir Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Ketepikan Anwar Ibrahim? - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Tun Mahathir Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Ketepikan Anwar Ibrahim?


Kejutan demi kejutan! Tiada siapa dapat menjangkakan apa sebenarnya yang bermain difikiran dan dirancang oleh seorang yang bernama Tun Dr Mahathir apabila meletakkan keyakinan mampu mendapatkan sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan sekaligus diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-8 Malaysia.

Keyakinan ini ditunjukkan Tun M apabila mesyuarat diantara kepimpinan Pakatan Harapan awal pagi tadi bersetuju menyokong Tun M dan ini bermaksud sokongan mereka terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM terus terbatal.


Saya merujuk kepada kenyataan bahawa saya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri (kelapan). Seperti yang ditegaskan sebelum ini, saya menolak sebagai kerjasama dengan individu yang terpalit dengan rasuah dan terbabit dalam pentadbiran kleptokrasi yang Kerajaan PH bertungkus lumus tumbangkan. Pendirian ini saya kemukakan dalam mesyuarat Ahli Parlimen BERSATU semalam. Saya tidak pernah menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) bagi menyatakan sokongan terhadap mana-mana individu. Malah, saya keluar awal daripada mesyuarat berkenaan untuk memberi laluan perbahasan secara terbuka dalam kalangan Ahli Parlimen BERSATU supaya mereka berupaya memilih calon terbaik bagi menyandang jawatan Perdana Menteri. Sekali lagi, saya tidak bersedia untuk bekerjasama dengan golongan perasuah daripada UMNO. Saya hanya boleh terima secara individu selagi mana mereka terbukti ‘bersih. Mungkin Muhyiddin lebih ‘santai’ terhadap pendekatan ini. - Jelas Tun Mahathir.

Nampaknya Tun M tetap tidak mahu bergabung bersama UMNO di mana banyak pemimpin mereka masih belum bersih dari tuduhan rasuah. Bagaimanapun, setakat ini pencalonan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 sudah mendapat sokongan 57 Ahli Parlimen Muafakat Nasional dan 42 Ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC.

Bagi blok BERSATU pula, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya terpaksa mengikuti perlembagaan parti Fasal 16.2 dan prinsip Rule of Law yang mengatakan hanya Pengerusi parti iaitu Dr Mahathir sahaja yang mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan keputusan.

OHMEDIA: SETELAH HAMPIR SEMINGGU MALAYSIA DALAM SITUASI POLITIK YANG AGAK TEGANG, KITA MASIH MENANTIKAN KEPUTUSAN YANG MUKTAMAT DARI KEPIMPINAN. SEMOGA SEMUANYA DAPAT DIPUTUSKAN DALAM KADAR SEGERA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.