Dayana Mahu Jumpa Naim Daniel Depan-Depan
Isu cipta hak lagu Sumpah tak habis lagi. Kalini, Dayana Amerda, bekas kekasih Naim Daniel mengatakan yang dia terkilan pula apabila World Peace (WP) Entertainment berdiam tentang isu hak cipta lagu yang menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke-34 baru-baru ini.
Dayana memutuskan tidak mahu hantar emel kepada pihak pengurusan Naim Daniel, WP Entertainment yang ada minta Dayana menghantar bukti isu hak cipta lagu Sumpah kepada mereka melalui emel. Dayana ingin berjumpa depan-depan untuk tunjukkan bukti, tapi WP Entertaiment taknak berjumpa disebabkan Dayana telah membuat sidang media sebelum berjumpa.
Dayana berharap agar isu hak cipta lagu Sumpah ini diselesaikan segera disebabkan tidak mahu ianya berpanjangan dikecam oleh pelbagai pihak diluar sana.
Beberapa hari lepas pula, Naim menjawab yang pihak dia masih belum mendapat apa-apa bukti melalui emel dari pihak Dayana.
OHMEDIA : DIHARAPKAN IANYA TAK PERPANJANGAN, ISU HAK INI MEMANG BERHAK SEKIRANYA MEMANG BETUL-BETUL HAK INDIVIDU TERSEBUT. KALAU BUKAN, DUDUK JELAH DIAM-DIAM.
Sumber : Berita Harian
+ Baca respon pembaca Dayana enggan hantar emel di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?