Brownies Kedut Menjadi Kesukaan Orang Ramai, Ini Resepinya! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Brownies Kedut Menjadi Kesukaan Orang Ramai, Ini Resepinya!


Kebiasaannya Brownies Kedut ini sering menjadi goodies untuk sesebuah majlis. Memang sedap kan? Kalau korang nak tahu, Brownies ni telah dibangunkan di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan dipopularkan di sana dan juga Kanada pada pertengahan pertama abad ke-20.

Bagi korang yang tak pernah makan tu, Brownies ni merupakan pencuci mulut rasa coklat yang dibakar datang dalam pelbagai bentuk dan mungkin sama ada berfudge atau tidak.

Disebabkan perayaan hari raya bagi umat Islam bakal menjelang tak lama lagi,  Ohmedia nak berkongsi resepi Brownies Kedut yang lazat ni. Nak tahu macam mana nak buat? Tanpa melengahkan masa, jom gais!

Bahan-bahan yang korang perlukan adalah 400gm coklat masakan jenama Beryl's, 150gm buttercup block, 100gm tepung naik sendiri jenama Bluekey, 100gm gula perang atau gula castor, 1 sudu kecil esen vanila dan 4 biji telur gred A.

Cara-cara memasak:


1. Masukkan masakan coklat dan butter dalam satu periuk. Double boiler sehingga cair dan gaulkan biar rata. Bila dah rata, korang biarkan sejuk. Ini tips untuk dapatkan kedut. (A)

2. Lepas tu, korang pukul telur bersama gula perang, esen vanila dalam satu bekas. (B) Pukul sederhana hingga sebati sahaja. Jangan over pula! Hehe.

3. Dalam bekas lain pula, korang ayak tepuk naik sendiri. (C)

4. Bila dah buat sampai ketiga-tiga step tu, korang masukkan (A) ke dalam (B). Kacau sehingga rata. Kemudian, korang masukkan (C) pula sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi tu. Gaul je sampai rata.

5. Bila semua dah okay, korang alas je acuan 10'x10' dengan kertas baking dan oleskan (melumurkan) dengan butter. Tuang adunan brownies korang tadi ke dalam acuan.

6. Seterusnya, masukkan brownies tu ke dalam oven yang dah panas dan bakar dengan menggunakan suhu 160 C selama 30 hingga 40 minit jer. Kang terlebih, hangus pula!

7. Selepas dah masak, bukalah sikit pintu oven tu bagi mendapatkan kedut yang menarik dekat brownies korang. Haa, Brownies Kedut is done!

OHMEDIA: MUDAH JER KAN NAK BUAT BROWNIES KEDUT NI? JOM SHARE RESEPI NI DEKAT JIRAN SEBELAH.

Sumber: Saji MY

+ Baca respon pembaca sukakan Brownies Kedut di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.