'Whale Shark' Gembira Selepas Dapat Bantuan Daripada Nelayan
Cuba korang tengok video 'Whale Shark' di tengah lautan ni yang dimuatnaik oleh page @999Malaysia di Twitter...bijak betul dia minta tolong dekat nelayan untuk potong tali yang ada dekat badannya. Kejadian ini berlaku di Bintulu, Sarawak gais!
Seekor 'whale shark' meminta bantuan nelayan memotong tali dibadannya— 999 Malaysia 🇲🇾 (@999Malaysia) December 2, 2019
Ikan tersebut seolah-olah gembira selepas tali dipotong..kejadian dilaporkan berlaku di Bintulu, Sarawak..
Sumber :- Kelab Info Malaysia pic.twitter.com/5q6Pvq39qh
Kalau korang tengok part last, ikan tu nampak gembira setelah dibebaskan daripada tali yang tersangkut di badannya dan ikan tu juga seolah-olah melambaikan tangan kepada nelayan tersebut sebagai tanda terima kasih.
Alhamdulillah, terima kasih kepada hamba Allah yang sudi menolong ikan tu. Sebelum ni abang-abang offshore, kali ni abang nelayan pula. Hehe. Terbaiklah gais! Sis salute.
+ Baca respon pembaca Oh! Media


Apa Komen Korang?