The Pocket Recketman Pastikan Pingat Emas Kekal Miliknya
The Pocket Rocketman, Azizulhasni Awang sekali lagi berjaya memastikan pingat emas dahulu menjadi miliknya apabila sebentar tadi berjaa mengalahkan pelumba dari Jepun, Yuta Wakimoto dalam acara pecut lelaki dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke-40.
Azizul membuktikan kemampuan dirinya walaupun gagal memastikan emas bagi acara keirin menentang lawan yang sama pada Jumaat lalu. Azizulhasni yang mengalami retak tulang jari telunjuk tangan kanannya ketika sesi latihan empat minggu lalu.
Dalam acara lain, seorang pemecut lelaki iaitu Shah Firdaus Sahrom telah gagal mendapat sebarang pingat apabila tewas kepada pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya bagi perubutan pingat gangsa.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?