Maszlee Malik Tempelak Ahli DAP Untuk Hormat Keputusan Kerajaan! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Maszlee Malik Tempelak Ahli DAP Untuk Hormat Keputusan Kerajaan!

Sumber gambar dari The Malay Mail
Kecoh beberapa hari dilaman sosial tentang sebuah komik kontroversi bertajuk,'Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama' yang agihkan keseluruh sekolah diseluruh negara kerana buku berkenaan disifatkan menyebarkan propaganda DAP dan fahaman komunis.

Sumber gambar dari Malaysia Today
Bertindak dari itu, Menteri Pendidikan Maszlee Malik menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah bersetuju untuk mengedarkan naskah-naskah komik berkenaan disekolah-sekolah. Namun tular juga sekeping gambar timbalannya, Teo Nie Ching menerima salinan komik dari Hew Kuan Yau yang juga seorang ahli politik DAP.

Sejurus dari itu, Maszlee Malik bertindak menarik balik naskah-naskah komik berkenaan dari sekolah-sekolah. Namun tindakan beliau dikecam oleh beberapa orang Ahli DAP dan menyoal Maszlee Malik tentang pendirian beliau sama ada masih bersama PH atau tidak memandangkan beliau menteri yang dilantik oleh kerajaan PH.

Hari ini, dalam hantaran halaman Facebook milik beliau, Maszlee Malik berjanji akan menyelesaikan masalah ini segera dan menempelak beberapa ahli DAP yang tidak suka akan keputusan kerajaan menarik naskah-naskah komik berkenaan.



Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.