(Video) Penjelasan Padu & Makan Dalam Toqqi Kenapa Korang Perlu Sokong BMF
Sumber: YouTube PPIM |
Masih dengan kempen Buy Muslim First atau BMF. Ohmedia hari ini lihat terlalu banyak pihak yang cuba menghalang kempen ini dari terus dilakukan dan mengatakan ini usaha memboikot produk bukan Islam. Sedangkan kempen ini dijalankan untuk mengutamakan produk Muslim bagi menjamin Halal sesuatu produk terbabit.
Untuk menjelaskan akan kekeliruan mengenai isu ini, Ohmedia suka untuk kongsikan satu video penjelasan dari Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi yang menerangkan apa tujuan kita melakukan kempen ini.
BUY MUSLIM FIRST (BMF).— OHMEDIA (@ohtweet) September 11, 2019
Ini kempen memperkasa ekonomi ummah. Bukan kempen memboikot bangsa itu dan ini. Jadi, mainkanlah peranan kita sejauh mana kita mampu.
PPIM sebelum ini dikatakan telah menerima pelbagai kecaman daripada beberapa pihak yang cuba memperlekeh dan menentang usaha kempen ini yang sebenarnya telah dianjurkan sejak April lalu.
PPIM tetap berpendirian teguh mengadakan kempen tersebut bagi memperkukuhkan ekonomi peniaga Islam dan menolak persepsi yang mengatakan usaha ini dianggap rasis.
Ikuti perkongsian daripada Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan dalam membahas isu ini.
Sumber: TVPPIM
Apa Komen Korang?