Umum Kematian Melalui Pembesar Suara Masjid
SOALAN:
Di tempat saya tinggal apabila berlaku suatu kematian pihak AJK masjid akan mengumumkan kematian tersebut dengan menggunakan pembesar suara masjid bertujuan supaya masyarakat sekitarnya dapat mengetahui berita kematiannya itu. Apakah hukumnya disisi syarak perbuatan tersebut?
JAWAPAN:
Jika dibuat pengumuman tersebut dengan tujuan memberitahu berita kematian dan tidak mengganggu orang yang sedang bersolat di dalamnya maka hukumnya adalah harus.
Berkata Syeikh Athiyah Saqar:
ومن هنا يمكن أن نقول: إن الإعلان عن الوفاة ليس مصلحة شخصية بقدر ما هو مصلحة عامة، فإذا كان مكبر الصوت - الميكروفون - لا يشوش على المصلين والمتعبدين فلا وجه لمنع الإعلان فيه عن الوفاة، أما إذا كان فيه تشويش فيكون ممنوعا ودرجة المنع هى الكراهة لا الحرمة
“Dan dari sini memungkinkan kami berkata sesungguhnya pemberitahuan tentang kematian seseorang itu bukanlah untuk kebaikan perseorangan dengan kadar barang yang ia termasuk kebaikan orang ramai. Maka apabila penggunaan mikrofon melalui pembesar suara itu tidak mengganggu atas orang yang sedang solat dan sedang beribadat maka tiada halangan memberitahu kematian padanya. Adapun apabila adalah disana yang boleh mengganggu maka ianya dilarang dan larangan tersebut ialah makruh bukan haram."
(Syeikh Athiyah Saqr Ketua Lajnah Fatwa Universiti Al-Azhar)
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?