Sebanyak 93.7 Peratus Penduduk Kampung Baru Setuju Harga RM850 Persegi Yang Ditawar Kerajaan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Sebanyak 93.7 Peratus Penduduk Kampung Baru Setuju Harga RM850 Persegi Yang Ditawar Kerajaan


Ohmedia sebentar tadi tertarik dengan satu laporan dari Sinar Harian yang menulis sebanyak 93.7 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan harga jualan RM850 persegi yang ditawarkan kerajaan.

Peratusan ini dianggarkan oleh pihak Sumber Perbadanan Kampung Baru dan sehingga kini masih menunggu baki penduduk lain bagi memberikan jawapan dan persetujuan yang telahpun diberi masa sehingga 10 Oktober ini.

Contoh lakaran pembangunan di Kampung Baru

Selain itu, punduduk juga akan diberikan tempoh yang lebih bagi penyerahan borang kerana ingin memberi laluan kepada pihak terbabit melakukan perbincangan bersama waris.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah berjanji untuk tidak akan sesekali menjual hartanah dan pembangunan di sana kepada bukan Melayu jika ia tidak mampu dibeli orang Melayu.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.