"Saya Memang Tak Nak Kahwin Dah Time Tu" - Ardell Aryana - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

"Saya Memang Tak Nak Kahwin Dah Time Tu" - Ardell Aryana


Disebabkan video pernikahan Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa viral di laman sosial, ramai netizen yang menghinanya sebagai perempuan cacat, parkinson dan macam-macam lagi apabila Ardell mengigil ketika Nadzmi menyarung cincin di jari manisnya. Sepertimana yang korang tahu, diorang ni bukan buat gimik tau atau berlakon je.

Dia sebenarnya ada penyakit anxiety dan juga depression. So benda ni tak boleh buat main-main atau mengejek dekat orang yang alaminya sebab ia memberikan impak yang sangat besar bila korang buat macam tu. Baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Instagram Mingguan Wanita, Ardell dan Nadzmi tampil menjelaskan situasi yang sebenar.


Yang sis tak faham bila ada segelintir netizen sanggup merakam video ketika menaiki kereta semata-mata nak gelakkan diorang atas kejadian video yang viral tu. Apa lah korang ni. Korang tahu tak buat macam tu lagi lah buat dia tertekan. Tak baik buat dia macam tu tau!

Sis harap lepas ni korang tak buat macam tu dekat orang yang mengalami depression dan anxiety ni sebab takut memberi impak yang sangat besar. Kebanyakan kes depression ni banyak remaja yang bunuh diri disebabkan kejadian macam ni lah. Buli orang di depan umum. Apapun, sis doakan semoga Ardell dan Nadzmi berkekalan hingga ke Jannah dan bertabah menghadapi ujian seperti ni. Amin.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan


Dikuasakan oleh Blogger.