Selepas Dikecam Dan Dituduh 'Bias', Narresh Berasa Sangat Gembira Dengan Keputusan Mahkamah Terhadap Adib - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Selepas Dikecam Dan Dituduh 'Bias', Narresh Berasa Sangat Gembira Dengan Keputusan Mahkamah Terhadap Adib


Saksi utama dalam posiding inkues Adib, R, Narresh hari ini juga menunjukkan rasa leganya apabila pihak Mahkamah Korener telah memutuskan satu keputusan yang memihak kepada Muhammad Adib dan merasakan ia satu keputusan yang adil tanpa bias.

Kalau korang nak tahum Narresh inilah yang telah membantu mengangkat Adib ketika sedang kesakitan dan membawa masuk ke sebuah kenderaan pacuan empat roda serta memangku arwah sehingga sampai ke Pusat Perubatan Subang Jaya sewaktu malam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Selama ini saya menerima cacian dan hinaan kerana kononnya ‘bias’ ketika memberi keterangan berhubung apa yang menimpa Muhammad Adib, hari ini akhirnya terbukti yang saya tidak mereka-reka cerita atau menokok tambah mengenai kejadian tersebut. Sesungguhnya Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil ternyata keterangan kami yang benar-benar berada di tempat kejadian telah diambil kira. Dalam erti kata lain, hakim bukan mendengar cerita sebelah pihak semata-mata, beliau bukan dengar keterangan saya sahaja, jadi saya percaya beliau adil dalam keputusannya. Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya keadilan telah memihak kepada Muhammad Adib walaupun mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan belum dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan, luahnya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Public

Dikuasakan oleh Blogger.