Ramai Wanita Penghuni Neraka?
SOALAN:
Adakah sahih hadith-hadith yang menyebut bahawa ramai penghuni neraka di akhirat nanti ialah kaum wanita?
JAWAPAN:
Hadith-hadith yang menyebut bahawa kebanyakkan ahli neraka di akhirat nanti ialah kaum wanita adalah hadith yang sahih.
1. Usamah bin Zaid r.a berkata Rasulullah saw bersabda:
قُمتُ على باب الجنة ، فإذا عامّة مَن دَخلها المساكين ، وإذا أصحاب الْجَدّ مَحبُوسُون ، إلاّ أصحاب النار ، فقد أُمِر بهم إلى النار ، وقُمْتُ على باب النار ، فإذا عامة مَن دخلها النساء
“Aku telah berdiri di depan pintu syurga maka ramai yang memasukinya ialah orang-orang miskin dan orang-orang yang kaya tertahan dengan sebab hisab melainkan ahli neraka maka sungguhnya telah diperintahkan mereka ke neraka. Dan aku pun berdiri di depan pintu neraka maka ramai yang memasukinya ialah kaum wanita.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
2. Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawasanya Rasulullah saw keluar pada tempat solat hari raya dan baginda melalui satu kumpulan perempuan lalu bersabda:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ ، تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الِاسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ : وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرُ أَهْلِ النَّارِ ؟ قَالَ : تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ ، وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ
“Wahai sekalian kaum perempuan hendaklah kamu bersedekah dan banyakkan istighfar. Maka sesungguhnya aku lihat kebanyakkan kamu adalah penghuni neraka.” Maka berkata kaum perempuan tersebut: “Dengan sebab apa wahai Rasulullah kami ramai masuk neraka?” Jawab baginda: “Sebab kamu suka mencela dan mengkufuri nikmat hidup.” (Hadith Muslim)
3. Dan pada riwayat dari Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أكْثَرُ أهْلِهَا النِّسَاءُ، يَكْفُرْنَ قيلَ: أيَكْفُرْنَ باللَّهِ؟ قالَ: يَكْفُرْنَ العَشِيرَ، ويَكْفُرْنَ الإحْسَانَ، لو أحْسَنْتَ إلى إحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شيئًا، قالَتْ: ما رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
“Sungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Aku telah melihat ramai penghuni neraka itu adalah wanita.” Berkata para sahabat: “Dengan sebab apa wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Dengan sebab mereka itu telah kufur.” Kata mereka lagi: “Mereka kufurkan Allah?” Jawab baginda: “Mereka kufurkan nikmat kehidupan dan lupakan kebaikan. Jikalau kamu buat kebaikkan kepada salah seorang mereka selamanya pun bila dia melihat satu kuburukan dari kamu nescaya berkata ia: Tidak pernah ada satu kebaikkan pun dari kamu.” (Hadith Bukhari)
Dan banyak lagi hadith... Wallahua’lam.
Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?