"P*** Baby Ni Mesti Lembut Kan...Nak Rasa Boleh Tak?" - Netizen - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

"P*** Baby Ni Mesti Lembut Kan...Nak Rasa Boleh Tak?" - Netizen


Sis peliklah dengan orang zaman sekarang sebab sesetengah netizen di media sosial ni memang tak jaga mulut. Lagi-lagi budak lelaki yang suka menghantar komen dan gambar lucah dekat perempuan. Sis bukannya nak cakap perempuan tak pernah, tetapi mostly lelaki yang suka buat benda macam tu tau!

Baru-baru ini, Baby Shima memuatnaik beberapa keping gambar di Instagramnya mengenai satu account yang bernama @nashrul_nazim komen yang berbaur lucah terhadap Baby Shima. So, Shima pun decide nak report polis.



Anda bukan orang pertama !! Jangan pula bagi alasan bodoh lepas ni.. hp kena hack..Kalau sabun jatuh jangan ya😂😂 @nasrul_nazim.. rupanya masih ada yang tak sedar diri lagi rupanya!! tunggu tindakan selamjutnya 😊 terima kasih komen anda👍🏽 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Misalnya Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) antara lain menyatakan: (a) Tiada mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang lain. (b) Seseorang yang melanggar peruntukan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan. @pdrmsia_official
A post shared by BABY SHIMA DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on

Haa elok sangat lah tu buat report polis sebab orang macam tu memang patut memberi pengajaran sikit baru diorang sedar. Sepatutnya media sosial ni digunakan dengan benda yang baik supaya boleh memberi inspirasi kepada orang lain tetapi...lain jadinya.


Sis harap lepas ni korang yang suka hantar gambar bukan-bukan dekat orang lain, lebih baik buat permohonan maaf ya? Bukannya apa, masing-masin ada maruah kan? Kalau mak ayah kita tahu kita buat macam ni, mesti diorang sedih tengok kita.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Public



Dikuasakan oleh Blogger.