Permintaan Penduduk Hong Kong Membeli Rumah Di Malaysia Meningkat
Jika sebelum ini kita ada mendengar dan kecoh di media sosial berkenaan isu pemberian MyKad atau kad Pengenalan IC kepada warga negara China. Kini Ohmedia tertarik dengan minatnya penduduk Hong Kong untuk membeli kediaman dan menetap di Malaysia.
Ini dapat dilihat dari laporan yang dikeluarkan Nikkei Asian Review, Pengarah Urusan KSK Land iaitu Joanne Kua, yang menyatakan pertanyaan pembelian hartanah di Malaysia telah meningkat berikutan protes politik yang sedang berlaku di Hong Kong.
Oleh itu, pihak KSK Land kini dikatakan sedang menganjurkan satu program pertunjukan makan malam persendirian sebanyak dua hingga tiga kali sebulan bagi pembeli berpotensi di Hong Kong dan ia hanya boleh dihadiri menerusi jemputan khas.
Pertanyaan mengenai jualan bagi apartmen mewah oleh penduduk Hong Kong meningkat sebanyak 10 peratus sejak April dan kami menjangka jualan unit servis kepada penduduk Hong Kong meningkat sebanyak 50 peratus berikutan pembeli mencari jalan untuk membelanjakan wang mereka di luar bandaraya berkenaan. Mereka selalu bertanya, bagaimana dengan prestasi ekonomi Malaysia pada masa ini? kata Kua.
Untuk pengetahuan korang, KSK Land mencatat purata pertumbuhan modal sebanyak 5.1 peratus tahun ke tahun bagi segmen kediaman mewah.
Sumber penuh: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?