"Orang Baran Takkan Berubah Lepas Kahwin" - Netizen
Alamak! Busy body betul makcik bawang ni dengan rumahtangga orang. Sesuka hati dia je membuat spekulasi sendiri pasal isu rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Ada pula dia cakap disebabkan Sharnaaz ni panas baran, Nabila memfailkan penceraian. Amboi! Lebih baik kita diam daripada buat dosa memfitnah orang sana sini.
Cik anis yg manis, semanis wajah namanya.. sy rasa awak telah menyelesaikan masalah rumah tangga saya hanya dengan satu kilas.. tahniah. Tapi sy boleh jamin, bukan soal baran yg menjadi masalahnya.. haram cik anis bahagia dunia akhirat. https://t.co/VPqRxVYWgV— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) 30 August 2019
Kita tak boleh tau membuat spekulasi sembarangan sebab kita kena tunggu daripada mulut Nabila sendiri bagitahu sebab apa diorang nak bercerai. Mungkin diorang dah tak serasi? Mungkin juga diorang perlu buat hal masing-masing? Kita tak tahu kan so apa kata kita diam je buat hal sendiri daripada jaga tepi kain orang. Betul tak gais?
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?