"Netizen Sepatutnya Berfikir Terlebih Dahulu Sebelum Kecam" - Alvin Chong
Korang ingat lagi tak kisah Emma Maembong memuatnaik sebuah gambar tengah enjoy makan pizza dekat sebuah restoran di TREC? Memang teruk kena kecam gais sebab dia letak location gambar tu di Sungai Buloh padahal dekat TREC.
Macam sis cakap haritu, mungkin dia upload gambar tu lepas dia dah sampai rumah so gambar tu auto letak location? Manalah tahu kan. Baru-baru ni kawan kepada Emma iaitu Alvin Chong ada menghubungi Emma tentang isu tu.
Saya ada hubungi Emma selepas fotonya sedang menikmati pizza menjadi bualan netizen. Emma hanya beritahu dia memerlukan masa jadi saya faham dengan keadaannya. Orang lain tidak alami situasi seperti dia, jadi tidak ada hak untuk komen apa-apa. Kalau ingin berkata sesuatu, duduk di tempat dia dahulu. Lebih baik kita doakan yang baik untuk dia bukannya menyebarkan aura kebencian dalam kehidupan. Kita tidak tahu keadaan sebenar dan yang kecam dia saya pasti bukan dari kalangan rakan rapat. Bagi saya kalau Emma tahu niatnya hanya untuk makan pizza di situ jadi dia tidak bersalah. Kita sebagai kawan perlu percaya dengannya. Kalau dia ada buat salah, dia harus tanggung. Netizen sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum kecam. Apa salahnya kalau memberi teguran secara baik terutamanya bagi golongan yang beragama Islam. Cara teguran itu adalah cermin kepada diri sendiri. Walaubagaimanapun, saya tahu Emma mampu untuk mengawal situasi seperti itu. Sebelum ini pun sudah terjadi beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya.
Sumber: Astro Gempak
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?