Kerana Prank Nama Ibu Negara Thailand, Seorang Budak Lelaki Hampir Hilang 'Telur" - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Kerana Prank Nama Ibu Negara Thailand, Seorang Budak Lelaki Hampir Hilang 'Telur"

Sumber gambar dari Google
Orang tua kita sentiasa ingatkan kita kalau nak bergurau biar berpada, jangan seronok sangat, nanti ada yang nangis. Benda-benda tu bukan sengaja orang tua kita cakap, ada maksudnya. Misalnya kes ni. kerana bergurau tak ada batasa, seorang budak terpaksa menanggung sengsara kerana perbuatan rakannya.

Dipetik dari Awani, Dalam kejadian di England baru-baru ini, trend gurauan kasar bertukar tragedi apabila seorang budak lelaki hampir kehilangan alat sulitnya selepas ditumbuk di pangkal paha oleh rakan sekolah.

Akibat dari itu, Baileys Summer terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan untuk testikelnya daripada dibuang. Segalanya bermula dengan prank. Awani menyebut, prank klasik 'popular' di mana pelaku akan bertanya kepada mangsa, "Apakah ibu negara Thailand?" Apabila mangsa menjawab "Bangkok" (bang-cock), alat sulitnya akan dipukul.

Kesannya, Bailey terpaksa menerima jahitan setiap testikelnya. Namun syukur, pembedahan yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Sumber: Awani

+Baca respon pembaca Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.