Kerana Kelakuan Tak Senonoh Seorang Guru, Menyebabkan Dia Dihukum! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Kerana Kelakuan Tak Senonoh Seorang Guru, Menyebabkan Dia Dihukum!

Gambar Hiasan dari The Straits TImes
Guru yang sepatutnya jadi pelindung selain menjadi contoh kepada pelajar-pelajarnya telah berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar sendiri. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Singapura apabila seorang guru dihukum penjara selama enam bulan kerana bertindak mencium pelajarnya sendiri.

Guru yang berumur 35 tahun berkenaan mengaku bersalah atas tindakannya. Menurut info yang dipetik dari Sinar Harian, guru tersebut mulanya menemani sekumpulan pelajar termasuk mangsa untuk menonton persembahan teater dan mangsa bersetuju dengan pelawaan guru terbabit untuk keluar makan malam di sebuah restoran selepas tamat persembahan. Setelah selesai makan malam, pelajar terbabit duduk di sebelah selepas diminta berbuat demikian sebelum guru itu meletakkan lengan di bahu dan mencium bibirnya.

Menurut pendakwa raya, mangsa berasa malu dan takut, kerana tidak pasti bagaimana untuk bertindak. Kemudiannya mereka meninggalkan restoran tersebut dan pelajar itu memberitahu ingin pulang ke rumah. Guru tersebut sekali lagi mencium bibir pelajar terbabit.

Pendakwa raya meninta agar hukuman guru berkenaan ditambah kepada lapan bulan kerana berkelakuan tidak senonoh dengan budak bawah umur.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem

Dikuasakan oleh Blogger.