Kerajaan Tingkatkan Umur Bersara 65 Tahun? Pekerja Swasta Dapat COLA?
Nampaknya, contoh negara maju seperti Singapura diambil lagi apabila Menteri Sumber Negara, M Kulasegaran mengatakan mereka akan mengkaji cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan yang kini berakhir pada 60 tahun kepada 65 tahun.
Namun, ia perlu diserahkan kepada Kementerian Kewangan pula. Sebenarnya isu ini sudah lama dimainkan dan dibincangkan semasa kerajaan dahulu lagi. Jadi apa pula alasan kerajaan sekarang untuk meningkatkan had umur ini?
Singapura sudah meningkatkan usia persaraan kepada 65 tahun manakala negara kita berada dalam keadaan guna tenaga penuh. Ini antara perkara perlu diperhalusi dalam membuat keputusan yang baik pada masa depan. Laporan statistik mendapati golongan tidak bekerja hanya 3.3 peratus, malah kita kekurangan pekerja hingga terpaksa mendapatkan pekerja dari negara asing, katanya.
Untuk pengetahuan korang, sebelum ini ada juga cadangan lain untuk memberikan elaun bantuan sara hidup (COLA) minimum RM500 kepada pekerja sektor swasta dan perkara ini juga sedang diputuskan oleh Kementerian Kewangan.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?