Kemana Hilangnya Suspek Bunuh Adib? Kini Berada Di Australia? - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Kemana Hilangnya Suspek Bunuh Adib? Kini Berada Di Australia?


Di mana hilangnya empat suspek yang pernah dikaitkan dengan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim? Persoalan ini secara tiba-tiba bermain di fikiran dan hasilnya Ohmedia menjumpai berita yang agak mengejutkan.

Rupa-rupanya sebelum ini, Peguam Negara, Tommy Thomas pernah diminta untuk menampilkan empat individu terbabit selepas ada laporan mengatakan mereka semua sudah tidak berada di Malaysia dan kini sedang bekerja sebagai pemetik buah di Australia.

Betul ke ni? Dakwaan ini sebenarnya datang dari Zamil Ibrahim, Timbalan Presiden Kelab Pendokong Penyatuan UMMAH Malaysia yang mempersoal kemana hilangnya suspek ini.

Kita dapat tahu dan Tommy tolong dengar ini, saya sekarang menuduh empat orang tersebut tidak ada di Malaysia pada ketika ini. Tolong nafikan tuduhan saya ini. Saya menuduh empat orang itu sedang bekerja mengutip buah di Australia. Saya tuduh. Jadi, tolong nafikan tuduhan saya bahawa mereka masih berada di Malaysia. Inkues telah pun tamat dan kita cuma minta beliau (Tommy) tampilkan empat orang lelaki India yang pernah dituduh pihak polis, katanya.

Jika korang masih ingat, sebelum ini dua suspek telah dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber: Sinar Harian, NTHQIBORD

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Makan

Dikuasakan oleh Blogger.