Henti Skim Pencen, Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan? Seriuslah?! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Henti Skim Pencen, Ganti Dengan Lantikan Kontrak Penjawat Awam Tahun Depan? Seriuslah?!

Sumber dari Headbomb
Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, iaitu Datuk Seri Borhan Dolah telah mengeluarkan kenyataan berhubung cara lantikan baru bagi penjawat awam. Menurut beliau, bermula tahun hadapan, skim berpencen akan digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.

Menurut kenyataan ketua pengarah berkenaan lantikan kontrak akan menawarkan gaji yang lebih menarik serta kebajikan, perlindungan dan jaminan yang lebih baik berbanding skim pencen sedia ada. Tamabahnya lagi, lantikan kontrak tidak akan menikmati kelebihan skim pencen, seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan. Namun katanya, lantikan kontrak akan diberikan dengan elaun yang lebih tinggi.

Datuk Borhan berkata, lantikan baru ini dilihat sesuai dengan dengan generasi Y yang tidak begitu 'setia' dan memberi pilihan untuk mereka untuk kekal atau keluar dari perkhidmatan dengan mudah untuk tempoh yang tertentu.

Tamabhnya lagi, walaupun skim kontrak juga tertakluk dengan Akta Perkhidmatan Awam termasuklah melindungi penjawat awam, tetap atau kontrak, perkhidmatan tidak ditamatkan dengan mudah selagi tidak terbukti bersalah.

Beliau menambah, di petik dari Sinar Harian, antikan dalam perkhidmatan awam secara tidak tetap dan berpencen sebenarnya sudah wujud cuma tidak berskala besar, contohnya dalam perkhidmatan tentera terdapat lantikan jangka pendek yang tidak berpencen. Ini akan menjimatkan bebanan kos pencen yang ditanggung kerajaan setiap tahun yang kini mencecah RM28 billion.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Filem

Dikuasakan oleh Blogger.