Digantung Selama 6 Bulan Selepas Menikam Pengadil
Malam-malam ni apa kata kita tengok pula apa berita jiran kita Indoensia. Baru-baru ini, isu bola sepak Liga Indonesia kembali menjadi heboh apabila bekas pemain skuad Garuda, Oktovianus Maniani telah digantung untuk bermain sebarang permainan dan perlakwanan bola sepak selepas menikam pengadil dalam perlawanan menentang Mitra Kukar di Liga 2.
Keputusan ini diambil Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia selepas satu pergaduhan tercetus di mana para pemain dan pengawai pasukan Persiwa Waropen tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan dan ia semakin tidak terkawal selepas Okto bertindak mengambil bendera penjaga garisan dan terus menikam pengadil.
— SuporterFC (@SuporterFC) September 22, 2019
Selain Okto, jurulatih dan pemain lain yang terlibat turut terkena tempias dan cedera. Ketua jurulatih Persewar Waropen, Eduard Ivakdalam turut dijatuhi hukuman sama selepas beliau diduga terlibat dalam kekecohan yang terjadi.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?