Boikot Banyak Produk, Siapa Nak Beli Nanti? - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Boikot Banyak Produk, Siapa Nak Beli Nanti?


Kalau korang perasan, sekarang ni tengah berjalan satu kempen yang menyeru semua bangsa Melayu untuk menutamakan produk Islam yang dijamin halal berbanding produk lain. Namun, seruan yang dilihat umpama memboikot produk bukan Muslim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin berkata, ianya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak di negara ini.

Malaysia sebuah negara berbilang kaum, budaya teras kepada kemakmuran negara ini adalah saling hormat dan mempercayai termasuk dalam perkara ketika kita menjalankan urusan ekonomi. Dan kalau sana sini boikot nanti sapa nak beli? Saya tengok jalan penyelesaian terbaik adalah di mana ada kekuatan kita manfaatkan, ada kelemahan kita usaha baiki, bukan dengan cara boikot, katanya.

Ha, begitulah reaksi menteri. Tapi adakah kempen yang dijalankan ini memberikan kesan kepada ekonomi negara sekarang? Menurut Saifuddin, kempen ini tidak memberikan sebarang impak dan pihak mereka turut masih belum menerima sebarang maklum balas akan keberkesanan kempen ini.

Sebenarnya dari mana datangnya kempen ini dan siapa yang mulakan? Untuk pengetahuan korang, ia dimulakan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) yang menamakan sebagai Kempen Membeli Produk Muslim dan ia adalah bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya membeli produk yang halal berikutan lambakan produk tidak halal dalam pasaran semakin membimbangkan.

Jadi, bagi Ohmedia, terpulang kepada korang sebenarnya untuk membeli produk yang mana, jika tiada seabrang perasaan was-was bolehlah teruskan membeli produk lain. Tapi jika ingin menjami kebersihan dan halal sesuatu produk itu, utamakanlah kepada produk yang dikeluarkan muslim.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Geekz

Dikuasakan oleh Blogger.