Amy Search Mohon Maaf Tidak Dapat Beri Penghormatan Terakhir Kepada Yazit
Pagi tadi, kita telah dikejutkan dengan pemergian Yazit Search yang menghembuskan nafas di ICU, Hospital Kuala Lumpur pada jam 11.53 pagi selepas menghadapi kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.
Bagaimanapun, vokalis bagi kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan Amy Search hanya mampu untuk mengucapkan salam takziah dan memohon maaf kepada ahli keluarga arwah kerana tidak dapat hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.
Amy sekarang dikatakan sedang berada di sebuah program realiti di Jakarta dan mengakui merasa amat sedih atas kehilangan seorang rakan seperjuangan.
Semoga segala amalannya sepanjang di dunia diterima dan rohnya dicucuri rahmat. Saya meminta maaf kerana masih perlu melunaskan tanggungjawab sebagai pengulas bagi program Golden Memories Asia di Jakarta. Salam takziah buat seluruh keluarga Yazit dan semoga mereka tabah menghadapi pemergiannya, katanya.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?