Aliff Buat Hal Lagi, Ikat Jamin RM15 Ribu Selepas Dituduh Mencuri Rokok dan Banyak Lagi
Adoi, apa lagi yang dibuat pelakon dan penyanyi Mohamad Aliff Aziz ni? Baru jer rasanya dia macam dah senyap sikit, ini keluar lagi masalah pasal Aliff. Untuk pengetahuan korang, Aliff sekarang telah didakwa di Mahkamah Singapura selepas menerima dua pertuduhan mencuri.
Laporan ini, Ohmedia baca dari akhbar Berita Harian Singapura di mana Aliff dikatakan telah mencuri wang sebanyak S$300 atau RM909 dan Rp1 juta atau RM296 yang dimiliki oleh individu bernama Raja Yunika Perdhana Putri.
Aliff mencuri? Kejadian ini juga dikatakan berlaku semasa Aliff berada di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road diantara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi pada 7 Jun lalu. Lama dah pun sebenarnya kes ni berlaku.
Tapi bukan mencuri duit je gais. Alif juga telah dituduh mencuri sekotak rokok dan pemetik api dari seorang individu bernama Gurwinder Singh Harwindar Singh di Starbucks, Plaza Singapura.
Keputusan daripada kes Mahkamah terbabit juga telah membernarkan Aliff diikat jamin sebanyak S$5,000 atau RM15,000. Perbicaraan disambung 1 Oktober nanti dan kita doakan yang terbaiklah buat Aliff.
Sumber: Berita Harian Singapura
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?