Alif Satar dan Isteri Main "Campak-Campak" Dilaman Instagram Masing-Masing!
![]() |
| Gambar tangkapan skrin laman Instagram Shadilahalid |
Alif Satar membuat 'throwback' gambar berkenaan dengan kapsyen, "Pagi Isnin, lima tahun lalu. Saya memandu bersendirian ke dewan nikah, tetapi pulang bersama isteri saya di sisi. Alhamdulillah, sudah lima tahun. Saya mencintaimu Shadila Halid selama-lamanya," kata Alif.
Isteri Alif Satar juga turut membuat 'throwback' tapi buka dengan gambar nikah, tapi dengan kapsyen, "Tepat lima tahun lalu, saya dan Alif tiba di hotel ini selepas majlis pernikahan kami. Kini kami kembali lagi dengan dua anak dan bakal tambah lagi satu. Lima tahun berlalu dengan cepat sekali. Tahun depan nak datang balik sinilah tetapi badan kena ramping," katanya.
Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, yang pertama Alisha Anugerah, 4, dan yang kedua, Ariana Mecca, 2 tahun. Isteri Alif juga kini sedang sarat mengandung dan dijangka bakal bersalin pada Oktober ini.
Sumber: Gempak
+Baca respon pembaca Oh! Media.


Apa Komen Korang?