Ajar Orang Hampir Mati Kalimah Syahadah - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Ajar Orang Hampir Mati Kalimah Syahadah


SOALAN:
Bagaimana caranya mengajar kalimah syahadah kepada orang yang hampir mati?

JAWAPAN:
Disunatkan talkin iaitu mengajar akan orang yang hampir mati akan kalimah لا إله إلا الله kerana sabda Nabi saw:

لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ
“Ajarlah orang yang hampir mati dikalangan kamu akan لا إِلَهَ إِلا اللهُ.” [Hadith Imam Muslim]

Cara mengajarnya itu ialah menyebut kalimah لا إله إلا الله dekat telinganya supaya orang yang hampir mati itu ingat kepadanya. Jika dia telah menyebutnya maka tidak lagi diulang akan menyebut kalimah tersebut. Akan tetapi jika dia belum menyebutnya maka diulang-ulang kalimah tersebut hingga dia menyebutnya.

Kesalahan orang awam ialah mereka berkata kepada orang yang hampir mati itu ‘sebut olehmu’ atau ‘mengucap’. Jangan dikata seperti itu tetapi katakanlah kalimah لا إله إلا الله sahaja disisinya.

Berkata Syeikh Ramli:

وَلَا يَأْمُرُهُ بِهَا، وَيَنْبَغِي لِمَنْ عِنْدَهُ ذِكْرُهَا أَيْضًا
“Dan jangan menyuruhnya menyebut kalimah tersebut dan sayugia orang yang di sisinya menyebutnya juga.” (Kitab An-Nihayah)

Tersebut pada Kitab Fatawa Hindiyah:

وَلَا يُقَالُ لَهُ قُلْ، وَلَا يُلَحُّ عَلَيْهِ فِي قَوْلِهَا؛ مَخَافَةَ أَنْ يَضْجَرَ، فَإِذَا قَالَهَا مَرَّةً لَا يُعِيدُهَا عَلَيْهِ الْمُلَقِّنُ إلَّا أَنْ يَتَكَلَّمَ بِكَلَامٍ غَيْرِهَا
“Dan jangan dikatakan baginya ‘katakan olehmu’ dan jangan diberatkannya kerana khuatir dia marah. Maka apabila orang yang hampir mati itu telah menyebutnya sekali maka tidak diulangi lagi atasnya oleh orang yang mengajar itu melainkan jika dia berkata akan perkataan yang lain.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.