Surat Saman Tidak Akan Dikeluarkan Dalam Tempoh 6 Bulan Pertama - OHGEEKZ MAIN

OM Leaderboard Ad

Surat Saman Tidak Akan Dikeluarkan Dalam Tempoh 6 Bulan Pertama


Kini, larangan merokok di restoran terbuka telah bermula sejak 1 Januari. Tetapi,pada fasa pertama iaitu Fasa Penguatkuasaan Pendidikan ini KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan. Sebaliknya mereka yang didapati melanggar peraturan baru tersebut akan diberi surat amaran serta amaran.

Sebaik sahaja tamat fasa pendidikan ini, KKM akan menguatkuasakan sepenuhnya peraturan baru berkenaan.

Pada hari pertama penguatkuasaan, sebanyak 1,453 surat amaran telah dikeluarkan dan seramai 3,879 individu telahpun diberikan nasihat.

KKM dalam kenyataan yang sama turut menyebut bahawa kementerian menerima sokongan kuat daripada orang perseorangan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung penguatkuasaan peraturan tersebut.

Bagi memastikan peraturan ini dapat dikuatkuasakan sepenuhnya, Pegawai Kesihatan KKM turut akan dibantu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukan pemeriksaan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.