Disneyland Naikkan Harga Tiket Pembukaan Kepada RM600 Sehari - OHGEEKZ MAIN

OM Leaderboard Ad

Disneyland Naikkan Harga Tiket Pembukaan Kepada RM600 Sehari


Taman tema Dineyland California yang bertemakan  Star Wars bakal dibuka tidak lama lagi dan ramai pengunjung pastinya teruja dan tidak sabar untuk merasai pengalaman berada di sana.

Walaubagaimanapun, demi memastikan kepuasan yang lebih baik buat pengunjung, pihak Disney dalam satu kenyataan telah mengumumkan tentang kenaikan harga masuk untuk sehari yang dinaikkan dari $135  atau RM555 harga asal kepada $150 atau RM600 sekarang.

Star Wars: Galaxy’s Edge bakal memberi pengalaman baharu buat peminat setia Star Wars di mana mereka dapat menaiki kapal Millennium Falcon, menyertai simulasi perlawanan serta makan di kantin sambil dilayan staf berpakaian watak Star Wars.

Nampaknya pihak Disney mengambil langkah yang berani kerana ia dilihat tidak akan menghalang peminat Star Wars untuk pergi mengunjungi taman tema berkenaan yang dijangkakkan akan mula dibuka pada pertengahan tahun ini.



+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.