Info Banjir Terengganu - 950 Orang Mangsa Banjir Setakat Ini - OHGEEKZ MAIN

OM Leaderboard Ad

Info Banjir Terengganu - 950 Orang Mangsa Banjir Setakat Ini


Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 950 orang daripada 327 keluarga setakat jam 11 malam ini, berbanding 749 mangsa daripada 258 keluarga, jam 6 petang tadi.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata jumlah paling ramai dicatatkan di Hulu Terengganu membabitkan 645 orang daripada 257 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS berbanding 479 orang daripada 194 keluarga jam 6 petang tadi.

“Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan adalah di Hulu Terengganu membabitkan Jalan Simpang Gaung - Simpang Sungai Tong di Kampung Kepoh dan Kampung Kuala Ping serta Jalan Bukit Diman - Tersat (Kampung Pengkalan Ajal).

“Di Setiu membabitkan Jalan Permaisuri/Hulu Seladang (Kampung Besut), Jalang Pengkalan Merbau/Pelong (Kampung Seri Kenangan) dan Jalan Kampung Bukit/Alor Lik (Kampung Bukit) manakala di Kemaman pula di Teladas Air Putih (Jambatan Lama Teladas),” katanya.

Menurutnya, jalan yang ditutup kepada kenderaan ringan pula membabitkan Jalan Simpang Gaung - Simpang Sungai Tong (Kampung Matang), Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong (Kampung Matang) dan Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal (Kampung Pasir Pelata) di Hulu Terengganu.

“Di Kemaman pula membabitkan Jalan Felda Neram 2 (Ladang Sawit), dua seksyen di Jalan Pelantoh (Kampung Tebak) dan Jalan Ibok (Darat Ibok),” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.